22 February 2009

Keadilan Untuk Semua?

Keadian Untuk Semua. Itulah moto yang digunakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memberi gambaran prinsip parti berkenaan menjunjung nilai KEADILAN kepada setiap manusia di muka bumi yang bernama Malaysia ini. Benarkah PKR benar-benar mengerti maksud keadilan ini atau hanya kalimah yang dilahirkan sebagai satu klausa yang sedap didengar dan indah dipandang? Jelas sekarang ini, dari segi menzahirkan pengertian kalimah tersebut sebenarnya hanyalah satu momokan bagi parti yang menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat ini. Mereka tidak menghayati makna KEADILAN dan mereka tidak mengotakan apa yang diungkap.

Sejak dari awal penubuhan lagi, parti ini tidak menjunjung moto tersebut. Ianya dicipta hanya sebagai kosmetik. Dalam kes Anwar di mahkamah, hanya sekali mahkamah dikatakan adil iaitu apabila Anwar dibebaskan. Lain-lain keputusan terhadap Anwar sebelum itu dan selepasnya tidak adil. Sebabnya: Keputusan tidak memihak kepada mereka. Begitu juga semasa pilihan raya, SPR bagi mereka tidak pernah berlaku adil, kecuali ketika mereka menang. Ketika itu barulah dikatakan SPR itu adil dan amalan demokrasi di negara ini masih subur. Jika BN yang menang, SPR menipu, undi hantu, undi pos, rasuah dan pelbagai alasan lagi dicipta bagi memberi persepsi kepada rakyat yang mereka kalah disebabkan tidak wujudnya keadilan.

Dalam bulan Februari ini, jelas menunjukkan yang PKR telah menolak sama sekali moto Keadilan Untuk Semua. Keadilan bagi mereka hanya apabila keputusan yang baik memihak kepada mereka dan yang buruk memihak kepada UMNO/BN. Kononnya mereka sajalah yang baik,yang suci, yang ikhlas, yang jujur dan ..... .

Kes lompat parti di Perak, kes bogel ADUN Bukit Lanjan (teLANJANg?), Elizabeth Wong, kes anak luar nikah ADUN Bukit Selambau dan kes rasuah MB Selangor, Khalid Ibrahim mahu dilihatkan oleh mereka sebagai satu konspirasi oleh UMNO/BN. Azmin Ali mendakwa semua kes ini adalah akibat dari tindakan jahat UMNO/BN bagi menjatuhkan kerajaan PR di negeri yang mereka kuasai. Nyata satu usaha pihak PR yang rimas dengan keadaan ini mahu memberi persepsi buruk kepada UMNO/BN terhadap dosa-dosa yang YB mereka lakukan sendiri. Apakah selepas ini jika Azmin Ali terjatuh semasa berjalan di jalan raya pun mahu disalahkan UMNO/BN?

Dalam kes lompat parti, siapa sebenarnya yang mencipta formula ini bagi mendapatkan kuasa? Anwar Ibrahim. Ketika itu dilaungkan yang langkah itu juga adalah satu usaha yang berlandaskan demokrasi. Tindakan yang bersih lagi adil demi rakyat.Apabila berlaku yang sebaliknya kepada negeri Perak, mereka menyatakan tindakan UMNO/BN sebagai tidak bermoral. Kerajaan di bawah Dr. Zambry adalah kerajaan haram walaupun lantikan Dr. Zambry dibuat oleh Tuanku Sultan Perak. Ketika ini tindakan melompat parti sudah tidak demokrasi dan tidak lagi bersih.

Kes teLANJANg hampir sama halnya dengan kes Dr. Chuah Soi Leck. Oleh kerana Dr. Chuah dari MCA/BN, maka dia dituntut untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan atas alasan moral. Tetapi apabila berulang kes sedemikian terhadap orang mereka, sekali lagi prinsip Keadilan Untuk Semua itu sudah ditendang jauh-jauh. BN juga yang bersalah dalam hal ini. Kononnya ini adalah konspirasi UMNO/BN dan bukannya atas 'dosa' seks bebas ADUN berkenaan.

Akibat dari penangan lembu dan Lexus, MB Selangor berada dalam kepanasan. Tetapi kesalahan MB Selangor yang menyalahgunakan kuasa ini cuba dialihkan sekali juga kepada BN. Jika dahulu pelbagai dakwaan rasuah terhadap pemimpin BN dilontarkan. Kononnya bukti sudah ada berkotak-kotak. Tapi hingga sekarang tiada apa pun. Mungkin kotak itu pun sudah dimakan anai-anai. Sekarang, oleh kerana siasatan menunjukkan ada bukti Khalid menyalahgunakan kuasa, SPRM pula dituduh tidak adil.

Jelasnya adil mereka itu adalah adil berpihak. Jika menguntungkan mereka itu barulah namanya adil. Inikah golongan yang dapat kita harapkan untuk memerintah negara? Belum sampai setahun memerintah negeri pebagai salah laku sudah terbongkar. Prinsip perjuangan parti atas nama KEADILAN pun sudah disepak terajang mereka sendiri.

Kita harus menyedari bahawa sekiranya mereka inilah yang memerintah negara suatu masa kelak, nikmat yang kita perolehi sekarang mungkin sudah tiada lagi. Pelbagai janji yang mereka lontarkan, pelbagai tuduhan yang mereka hamburkan kepada orang lain nyata hanya bertujuan menjatuhkan BN bagi membolehkan mereka berkuasa. Apabila diamanahkan kuasa oleh pengundi ternyata mereka GAGAL. Mereka hanya seperti kata pepatah, berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi.

DIN

No comments: