26 February 2009

I.S.A kanlah Karpal Singh

"Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya. Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," kata Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 25 Februari 2009 di Dewan Rakyat.

Karpal Singh buat perangai lagi. Selepas biadap terhadap Tuanku Sultan, kini Karpal Singh menjadikan Pemuda UMNO pula sasarannya. Akibat keceluparannya mengatakan Pemuda UMNO 'Celaka' dan menuduh Pemuda UMNO mengirimkan dua butir peluru kepadanya, keadaan di Parlimen hari ini agak kecoh. Keceluparannya mengundang kemarahan kepada Pemuda di seluruh negara. Rentetan itulah berlakunya peristiwa di Parlimen apabila sekumpulan Pemuda bertindak menuntut penjelasan terhadap Karpal mengenai tuduhannya itu. SYABAS kepada rakan Pemuda. Pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini adalah Karpal sendiri. Jangan memandai hendak menuding jari kepada orang lain. Akibat tindakan Karpal, keadaan dalam negara sekarang agak kecoh. Banyak orang Melayu merah dah pedih telinga dengan tindak-tanduk Karpal.

Justeru, elok sangatlah kerajaan bertindak mengawal keadaan sekarang dengan menahan Karpal di bawah I.S.A (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dengan segera. Jika tidak, Karpal pula yang akan terus menggunakan I.S.A (Ikut Suka Aku). Rakyat di kampung pun dah tertanya-tanya, mengapa kerajaan tidak bertindak terhadap Karpal? Ini melibatkan imej kerajaan. Tunjukkan ketegasan kerajaan dalam mengawal keharmonian negara. Ia juga sebagai iktibar kepada orang lain terutama anaknya itu, supaya pandai-pandailah juga menjaga hak, hati dan perasaan orang lain.

Kerajaan juga harus menyiasat kenyataan Karpal yang mengaku dirinya KING. King apa? Adakah Karpal mahu menyamakan dirinya dengan raja-raja Melayu. Kalau begitu maksudnya, Karpal ini memang sangat melampau. Jangan diberi muka lagi. Kita tidak tahu apa lagi tindakan dia selepas ini. Apa yang pasti, setiap tindakannya pasti mengguris hati orang Melayu.

Tindakan Karpal menyerang Pemuda UMNO ini mungkin berlandaskan atas dua faktor:

i. Ingin menarik kembali sokongan Pakatan Rakyat terhadapnya selepas dia menyerang Anwar awal bulan ini.Mungkin baginya, apabila dia menyerang Pemuda UMNO, dia terus akan mendapat sokongan dari para ahli PR.

ii. Ingin memecahbelahkan kesatuan dalam Barisan Nasional. Dia tentu menjangkakan, apabila dia menyerang Pemuda, pasti berlaku tindak balas. Keadaan ini akan menyebabkan Pemuda dilihat sebagai perkauman. Oleh itu dia dapat mengeruhkan hubungan kaum lain dengan UMNO/BN.

Walau apa pun tujuan tindakan Karpal ini, KITA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA tindakan GILA Karpal itu.

Jika Karpal boleh mengatakan Pemuda Celaka, kita juga ingin mengulang apa yang Dato' Ibrahim Ali katakan kepada dia, KARPAL BARUA.

Kita juga hairan dengan orang Melayu yang berada di bawah PR. Mereka memusuhi saudara sebangsa dan seagama tetapi masih berbaik-baik dengan orang seperti Karpal. Walhal manusia yang bernama Karpal ini pernah berkata "Langkah mayat aku dulu, jika mahu tubuh negara Islam". Inikah yang saudara-saudara kita di sebelah sana mahukan apabila mereka menyokong PR?

DIN