29 May 2009

PAS Sudah Tidak Kenal Siapa Kawannya

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pemimpin tiga parti pembangkang hari ini meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang pernah mengganas sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban kembali ke negara ini. - Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan MOHD. RAFIE AZIMI pengarang@utusan.com.my

PAS turut terlibat dalam sokongan ini melalui kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub. Sebenarnya tindakan PAS ini tidak sukar difahami, tujuannya adalah untuk membolehkan mereka BERKUASA. Apabila melihat yang Datuk Seri Najib menolak permohonan untuk membenarkan kepulangan Chin Peng, lantas Pakatan Rakyat mengemukakan sokongan mereka. Tidak mengejutkan apabila parti DAP membuat tuntutan demikian kerana ini adalah salah satu bentuk perjuangan mereka. Tetapi apabila PAS turut terlibat, kita tertanya-tanya, apakah ilmu yang DAP pakai hingga sampai ke tahap begitu mereka TUNDUK KEPADA DAP.

Pada tanggapan mereka, mungkin tindakan sedemikian akan membolehkan mereka meraih sokongan daripada masyarakat Cina. Tetapi mungkin mereka terlepas pandang, ramai kaum Cina yang turut menentang kepulangan Chin Peng seperti tokoh sejarah, Prof. Khoo Kay Kim dan penyair Lim Swee Ting. Mereka ini adalah antara penentang hasat tersebut kerana pada mereka kepulangan Chin Peng akan menghuru-harakan negara. Tetapi jika kita renungkan, itulah niat sebenar pihak Pakatan Rakyat. Wujudkan keadaan tidak tenteram, lantas mereka akan memperoleh peluang untuk memperlekehkan kerajaan.

Yang jelas di sini, PAS menyanjungi Chin Peng lebih dari askar-askar kita yg terkorban semasa melawan pengganas komunis. PAS juga nampaknya lebih rela menjaga hati Chin Peng dari menjaga hati veteran-veteran perang yang awal-awal lagi menentang hasrat membawa Chin Peng ke negara ini.

Mari kita lihat di sini antara kekejaman yang dilakukan oleh komunis:
Sepanjang zaman darurat…

Sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan.
Sejumlah 1,865 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 orang dicederakan.


Sumber tersebut berdasarkan kajian seorang kaum Cina bernama Ho Hui Ling. Dengan fakta itu kita merasakan amat wajar tindakan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini untuk menghalang 'kepulangan' Chin Peng.

Apabila PAS bertindak sedemikian, penting untuk kita fikirkan adalah mengenai perjuangan PAS. Layakkah kita menyokog sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama menyokong bekas pemimpin komunis yang secara terang-terangan bertindak kejam dalam 'perjuangan ' mereka. Sedangkan selama ini mereka menolak untuk berbaik dengan UMNO kerana disifatkan zalim. Adakah bagi mereka tindakan yang dilakukan oleh Chin Peng semasa dalam komunis dahulu tidak zalim hingga begitu MUDAH MEREKA MEMAAFKAN CHIN PENG. Jelas di sini, DEMI KUASA, PAS menjadi kelam mata hingga tidak kenal lagi siapa yang menjadi kawan mereka.

DIN