04 March 2010

Kapal PKR Sudah Tenggelam?


Tidak ada satu parti politik pun dalam dunia ini, dari awal penubuhan hinggalah ke zaman kemuncaknya yang tidak mengalami sebarang masalah. Penipulah jika ada yang mendakwa sesuatu parti politik itu tidak ada masalah walaupun hanya dalam masa seditik.

Namun, apa yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang sudah jelas bukan lagi hanya retak tetapi ternyata sudah terbelah. Tindakan lima orang panglima (bukan setakat pak pacak) yang meninggalkan PKR sudah jelas menunjukkan yang parti tersebut memang tidak boleh diharapkan untuk membantu rakyat sebagaimana yang sering diuar-uarkan mereka selama ini.

Alasan mereka ini untuk meninggalkan PKR juga adalah alasan yang sememangnya jelas menunjukkan parti ini sekarang tidak mempunyai perjuangan baik untuk agama, bangsa mahupun negara. Fairuz mengatakan yang dia keluar PKR setelah mendapat petunjuk daripada Allah melalui solat istikarah. Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan yang beliau keluar parti kerana kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

YB Zahrain pula menggelar mereka yang berada dalam PKR adalah “konco-konco dan gerombolan”. Dua perkataan yang jelas menunjukkan keburukan parti berkenaan kerana dua istilah tersebut adalah khusus untuk mereka yang yang sangat tidak baik perangainya. Tetapi, itulah istilah yang YB Zahrain pilih untuk memberi mesej kepada rakyat Malaysia agar tidak lagi bersimpati dan memberi sokongan kepada Anwar dan PR.

Jika dulu, atas nama demokrasi, Anwar begitu yakin mengistiharkan yang dia sudah ada senarai 50 orang Ahli Parlimen BN yang hendak melompat ke Pakatan Rakyat. Ketika itu Anwar dengan juah mengumumkan yang PR sudah bersedia untuk mengambil alih Putrajaya dan dia akan menjadi PM. Sekarang apa sudah berlaku. Jika dibilang dari bilangan kerusi Anwar yang sudah hampir hilang kelayakan untuk menjadi Ketua Pembangkang. Sehingga detik ini, kedudukan kerusi bagi ‘barisan’ pembangkang’ sama antara PR dengan DAP. Anwar hanya mampu menagih sokongan dari Australia, USA dan Turki. Tapi, bolehkah mereka ini mengundi di negara kita….. atau hanya mahu mencabar kedaulatan negara kita ini? Fikir-fikirkan.

Sama-samalah kita berdoa agar PR yang lebih banyak mendatangkan keburukan kepada rakyat Malaysia ini agar dikaramkan terus dalam masa yang terdekat. Kita berdoa agar Malaysia diselamatkan dari segala putar-belit PKR dan PR.
DIN