23 June 2009

Hadi Awang Sendiri Akhirnya Menolak Perpaduan Sesama Umat

Setelah tekanan demi tekanan, akhirnya Presiden "parti Islam" yang bernama PAS akhirnya mengaku kalah juga. Hadi Awang tidak sanggup melepaskan pelukan Lim Kit Siang bersama DAP. Bagi menutup malu kerana ideanya ditolak mentah-mentah oleh Nik Aziz, UMNO pula yang dipersalahkan.

"Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno/BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya"


Tidak mustahil, selepas ini UMNO dipersalahkan lagi atas kegagalan ideanya itu. Itulah cara paling mudah bagi PAS untuk mencuci tangan. Menghairankan kita, mengapa dikatakan UMNO yang menfitnah. Idea ini dicadangkan oleh Hadi sendiri. Walaupun ditentang, Hadi semasa di muktamar agung parti tersebut baru-baru ini masih bertegas mahu idea ini dilaksanakan. Bagi pihak UMNO, sebagaimana reaksi Dato' Najib adalah positif. Jadi, dalam hal ini mungkinkah PAS terkena jerat sendiri. Mungkinkah juga mereka mengharapkan pemimpin UMNO menolak idea ini. Lantas dijadikan modal politik.Tetapi tidak. UMNO menyambut baik idea ini dan membuatkan mereka menggelabah.

Dalam hal ini membuktikan keikhlasan pemimpin UMNO untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. UMNO tidak rugi apa-apa pun dalam isu ini. Tetapi rakyat sedang memerhatikan tingkah laku pemimpin PAS yang telah menolak PERHUBUNGAN SESAMA ISLAM.

Walaupun kita ini tidak menyukai parti PAS, tetapi demi survival umat Melayu dan Islam di negara ini, kita sanggup menerima idea berkenaan walaupun tanpa penjelasan yang lengkap. Kita percaya PERPADUAN itu boleh membawa kebaikan.

Bagi Hadi Awang, walaupun orangnya, Nasharudin Mat Isa yang menang dalam pemilihan parti, tetapi dalam isu ini puak erdogan yang menang. Kita tunggu apa pula kata Nasharudin dalam hal ini. Setelah dia dibelasah hebat sebelum dan berpanjangan selepas muktamar agung hanya kerana isu ini, adakah dia juga akan mengambil tindakan yang sama seperti bosnya bagi mencuci tangan?

Bagi anak muda Melayu yang ada terlintas untuk menyertai PAS atau PKR, fikirlah banyak-banyak kali. Adakah saudara-saudara turut mahu terlibat dalam usaha menjatuhkan umat Melayu dan umat Islam di negara ini. Marilah kita insafi, penolakan PAS dalam Kerajaan Perpaduan bermaksud mereka menyokong usaha-usaha memecah belahkan umat Melayu, mahupun mengadai segala hak orang Melayu dan juga umat Islam di negara ini. Ambillah masa untuk mengenali siapa sebenarnya DAP. Ini kerana jika saudara-saudara menyertai PAS bermaksud saudara-saudara juga telah terlibat seara langsung untuk memecahkan segala perkara berkaitan agama dan Melayu di negara ini atas kehendak DAP.

Kalau tidak masakan PAS sanggup memberi geran tanah kepada Kampung Baru atas tempoh 999 tahun. Kalau tidak juga masakan PAS sanggup membela seorang EXCO DAP yang rosak moralnya. Bukan sahaja bersekedudukan dengan lelaki Melayu tetapi sanggup pula gambarnya beraksi bogel dirakamkan. Apapun Elizabeth Wong beruntung kerana dosanya "diampunkan" tuan guru. Maka bolehlah dia meneruskan jawatannya kerana dia sudah "bersih dan suci". Tdak terfikirkah kita, bagaimana jika perkara tersebut berlaku kepada pemimpin UMNO. Adakah Nik Aziz juga akan "mengampunkan dosanya" atau terus sahaja "dicampakkannya ke neraka"?

DIN