05 March 2010

Keangkuhan PAS Terdedah

Tan Sri Harussani Zakaria
"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya.
- UTUSAN

Tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan PAS, kalau tidak masakan Tan Sri Harussani (TSH) akan mendedahkan hal ini. Mungkin bagi TSH perkara ini perlu dilakukan demi agama dan bangsa. Berkatalah yang benar walaupun pahit.
Daripada apa yang diceritakan oleh TSH ini dapat dirumuskan beberapa perkara.

1. Pemimpin PAS bersikap bodoh sombong. Jika tidak, InsyaAllah PAS masih menguasai Perak lagi sekarang dengan menjadi MB dan menguasai EXCO. Tetapi, PAS memilih jalan yang salah dengan menerima jawatan MB dan menyerahkan jawatan EXCO kepada DAP. Akhirnya terus hilang.

2. Sombong untuk menerima pandangan berdasarkan nas. Walaupun TSH mengeluarkan hujah berdasarkan nas, demi politik pandangan tokoh ini masih enggan diterima.

3. Kegagalan pucuk pimpinan PAS membuat keputusan. Haji Hadi sebagai Presiden dan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am gagal untuk mengarahkan anak buah mereka (Ahmad Awang) untuk menerima keputusan tersebut walaupun mereka sendiri bersetuju. Nampaknya dalam PAS ni, anak buah boleh melangkah kepala pemimpin. Di mana letaknya autoriti pemimpin PAS?

4. PAS menjadi balaci kepada DAP. ini yang jelas apabila TSH membangkitkan isu tidur atas jalan raya.

Semoga kita tidak sesekali melakukan kesilapan dalam memilih pucuk kepimpinan negara dan parti yang benar-benar dapat memberi kebaikan kepada kita. Marilah kita renungi luahan hati Tan Sri Harussani ini.

DIN