05 July 2009

Pengajaran dari Kedah

PAS 'kehilangan' rakan baik apabila DAP mengumumkan keluar dari Kerajaan Pakatan di Kedah. Isunya mudah, hanya kerana BABI. Mari kita rakan-rakan Pemuda renungkan apa yang boleh diambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Kedah ini.

Kita bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara jika puak-puak ini diberi peluang untuk memerintah. Jika kesefahaman tidak wujud sesama dalam pakatan, nasib siapakah sebenarnya yang mereka hendak bela? Kononnya penubuhan Pakatan Rakyat (PR) adalah satu alternatif bagi rakyat Malaysia untuk menggantikan kerajaan BN dengan 1001 sebab dikemukan bagi menghalalkan tujuan mereka, mengapa BN harus dijatuhkan. BN digambarkan sebagai sebuah kerajaan yang sudah terlalu teruk. Dengan itu, PR harus dipilih sebagai ganti. DEMI RAKYAT kata mereka.

Tetapi dalam isu di Kedah ini, apa dan siapa yang menjadi keutamaan? Hanya kerana BABI maka pakatan yang diwujudkan DEMI RAKYAT sanggup dikorbankan. Jika 'perjuangan' mereka terlalu besar, rakyat harus 'diselamatkan', tentulah perkara sekecil ini tidak akan diperbesarkan. Jika keadaan ini berlaku, benarkah PR ini diwujudkan DEMI RAKYAT? Jelas jawapannya tidak. Kewujudannya tidak lebih hanyalah dek kerana nafsu besar Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi PM. Dan juga dek kerana angan-angan pemimpin PAS nak jadi menteri. Bukan untuk kepentingan rakyat seperti yang dicanang-canangkan.

Selain itu, dalam isu sebegini jika berlaku kepada pihak UMNO, apakah kenyataan yang selalu dikeluarkan oleh puak-puak PAS? Tentu sahaja dikatakan itu adalah balasan dan petunjuk dari ALLAH. Jadi dalam hal ini puak-puak PAS tidak mahukah mengatakan yang ini juga adalah petunjuk dan balasan dari ALLAH terhadap PAS terutama kepada Nik Aziz yang sanggup menolak perpaduan sesama umat demi menjaga hati DAP. Kerana menganggap DAP lebih mulia, maka salam persahabatan UMNO dipandangnya sebagai jijik. Nah, sekarang apa yang Nik Aziz dan puak Erdogan dapat dari bunga yang dihulurkan kepada DAP. Bunga diberi, tetapi najis yang dibalas.

Kita juga dapat melihat dalam isu ini betapa perkaumannya parti DAP. Kononnya penubuhan dan perjuangan DAP adalah berdasarkan konsep kesamarataan. Secara mudahnya perjuangan DAP adalah untuk semua dan setiap rakyat menerima faedah yang sama. Tetapi apa yang berlaku di Kedah ini adakah berdasarkan konsep berkenaan. Siapakah yang mendapat untung dari tempat "penyembelihan" babi ini. Bagi mereka yang terlibat dengan haiwan ini tentu kewujudannya tidak ada masalah bagi mereka, tetapi bagaimana pula dari mereka yang tidak terlibat. Mereka ini terpaksa menanggung kesengsaraan akibat daripada kewujudan tempat berkenaan. Jelas di sini, kesamarataan yang diperjuangkan oleh DAP hanya apabila ianya menguntungkan puak mereka. Tetapi jika tidak menguntungkan puak mereka, konsep ini tidak digunapakai. Inilah wajah sebenar DAP yang mungkin PAS belum kenali.

Isu ini juga dapat kita katakan sebagai senjata makan diri. Selalunya apabila timbul sesuatu isu di bawah kerajaan BN, PAS dan DAP akan menjadi penganjur agar mereka yang tidak berpuas hati untuk berkumpul dan berdemonstrasi dagan angkat sepanduk dan mencerca kerajaan. Sekarang tindakan yang sama dah berlaku kepada mereka. Lebih malang , yang menjadi penganjurnya pula adalah rakan sebantal mereka sendiri. Di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang Lim Guan Eng menyalahkan PERTUBUHAN HARAM HINDRAF (salah satu sayap parti ciptaan Anwar) yang mencetuskan demonstrasi mengenai isu di kampung tersebut. Mengapa pula Guan Eng tidak menyalahkan DAP terhadap apa yang berlaku di Kedah. Jika tidak kerana tindakan DAP, isu ini dah selesai dengan mudah pun. Tentu saja jawapannya kerana tidak menguntungkan puak mereka.

Jadi kepada anak-anak Melayu dalam PAS dan PKR yang turut menyokong DAP, apakah perjuangan anda sama dengan DAP? Fikir-fikirkan......

DIN