05 August 2009

Mainan DAP

Sahabat baik PAS, DAP sekali lagi menunjukkan siapa yang lebih berkuasa dalam Pakatan Rakyat. Isu penjualan arak di Selangor menjadi saksi kepada kita bahawa PAS hanyalah golongan yang senantiasa dipergunakan dalam PR. Ronnie Liu yang cuba "menghalalkan arak" di Selangor gagal untuk diambil tindakan oleh PAS walaupun suatu ketika dulu begitu garang menyerang UMNO dalam isu arak. Dengan UMNO mereka begitu cenge tetapi mengalah dengan DAP. 'Gesaan' atau 'tindakan' PAS agar MB Selangor mengambil tindakan menukar portfolio Kerajaan Tempatan yang dipegang oleh Ronnie Liu telah gagal. Ronnie Liu juga dikatakan sering campurtangan dalam usaha penguatkuasaan yang mahu dilakukan oleh MBSA. Namun permintaan PAS ini telah ditolak oleh MB.

Walaupun yang menolak ini adalah MB, tetapi jika benar PAS berpegang kepada prinsip, mereka boleh membuat seperti apa yang dilakukan oleh DAP di Kedah. DAP Kedah sanggup bertindak keluar dari PR dalam mempertahankan isu babi. Adakah PAS sanggup? Kita percaya PAS tidak akan lakukan kerana 'perjuangan' politik mereka sememangnya tidak berprinsip. Segala hukum yang sering mereka jatuhkan terhadap UMNO adalah halal apabila jatuh kepada mereka. Ini membuktikan PAS beralah apabila berhadapan dengan DAP.

Dalam isu ini juga dapat kita lihat betapa angkuhnya puak-puak DAP ini. "Tidak ada PBT yang lebih besar kedudukannya daripada seorang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," itu kata Ronnie Liu ketika mengulas tindakannya mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras dari sebuah kedai serbaneka di Shah Alam baru-baru ini. Belum berkuasa diperingkat nasional sudah begitu angkuh. Tetapi, inilah golongan yang mahu dikekalkan sebagai sahabat oleh Nik Aziz.

Mereka yang sebangsa dan seagama mahu diketepikan, mereka yang memperjuangkan babi dan arak pula mahu dijadikan sahabat.

DIN