04 November 2009

"SEPETANG BERSAMA
USTAZ SYAHRIN"
(Setiausaha Politik Menteri Pelajaran / EXCO Pemuda UMNO)

anjuran

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PADANG BESAR
bersama
UMNO CAWANGAN TITI TINGGI ULU



PADA : 7 NOVEMBER 2009 (SABTU)

TEMPAT : KAMPUNG TITI TINGGI ULU

MASA : 3.30 PETANG

Semua Dijemput Hadir

20 August 2009

Ramadhan 1430H / 2009


SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam.

~ ZUL ~

07 August 2009

Menyokong Tan Sri Muhyiddin


Kita menyokong tindakan berani TSMY yang menyelar Anwar sebagai pengkhianat kepada perjuangan Melayu. Kita juga amat meyokong ketegasan TSMY yang tetap mempertahankan dakwaannya tersebut dan sedia menghadapi ancaman Anwar untuk menyamannya. Syabas Tan Sri. Kita merasakan tindakan TSMY ini adalah tepat. UMNO sekarang tidak lagi boleh menggunakan strategi bertahan sahaja, tetapi perlu juga menyerang apabila keadaan memerlukan.
.
Walau apapun, serangan TSMY ini bukan membabi buta seperti yang sering dilakukan pemimpin pembangkang, tetapi berlandaskan fakta. Isu DEB dan IFC adalah contoh pengkhianatan Anwar. Bagi mereka yang sering melayari internet pula, ucapan Anwar yang mengatakan "negara ini bukan Melayu punya..." tentulah bukan asing lagi bagi mereka. Bukankah ini satu PENGKHIANATAN kepada bangsa sendiri. Ataupun memang Anwar sudah tidak mengaku dirinya Melayu.
.
Akibat dari tindakan-tindakannya yang sentiasa memperlekeh dan meringankan nasib bangsa, menyebabkan kaum lain sangat berani membuat pelbagai tuntutan berkaitan hak orang Melayu. Dahulu mereka tidak sebegitu berani kerana mereka menyedari akan kekuatan Melayu. Tetapi kini segala kekuatan tersebut tidak lagi digeruni kerana setiap pekara yang dituntut oleh mereka akan ada orang Melayu yang menjadi penyokong kuat di belakang mereka. Mereka ini diketuai oleh Anwar Ibrahim. Hanya kerana mahu memegang tampuk pemerintahan, nasib bangsa tidak lagi dipandang tinggi.
.
Bukankah tindakan Anwar sebagai ketua pembangkang menganjur/menyokong demonstrasi ISA baru-baru ini juga satu bentuk pengkianatan kepada bangsa Melayu. Bukankah mereka yang dibawa oleh Anwar untuk berdemonstrasi itu hampir 100% orang Melayu? Bukankah pula anggota keselamatan yang dihina dalam demonstasi tersebut juga orang Melayu? Dan bukankah juga peniaga dari kaum Melayu yang paling terjejas akibat daripada demonstrasi tersebut? Tindakan Anwar ini bukan mengkhianati Melayu namanya?
.
Mengapa kaum lain tidak turut sama diheret untuk berdemonstrasi jika betul seperti diuar-uarkan yang ISA dibenci semua kaum. Atau mengapa demonstari ini tidak dilakukan di lokasi perniagaan orang bukan Melayu. Mereka tidak mahu berdemonstrasi tetapi menyokong penghapusan ISA, biarlah mereka juga berkorban dengan membiarkan demontrasi ini diadakan di kawasan mereka. Barulah itu dianamakan ADIL. Atau Anwar juga telah diperbodohkan oleh DAP. Konon atas nama perjuangan, bangsa sendiri sanggup dipertaruhkan sedangkan kaum lain ketawa melihat telatahnya.....
.
Berhati-hatiah kita. Jangan kita menjadi penyumbang kepada satu gerakan yang cuba menjatuhkan Melayu di negara tercinta ini.
.
DIN